Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 11 Oktober 2015

Repair Kipas Siling

Cara nak lajukan kipas siling anda yang perlahan


 








Cara nak lajukan kipas siling anda yang perlahan - Pernahkah anda hadapi kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan dirumah menjadi semakin perlahan selepas beberapa tahun digunakan walaupun kejuannya dilaras pada tahap maksimum.

Mengapakah ini berlaku? Adakah ia boleh dibaiki?
Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor pada motor kipas tersebut nilai Farad telah berkurangan dan menyebabkan kelajuan kipas semakin perlahan.

Gambar 1 dibawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas.

 Gamnbar 2 dibawah menunjukkan lokasi kapacitor pada kipas siling



Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja adalah sekitar 2uF. Kapacitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurang setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang semakin perlahan tersebut dengan hanya menukarkan kapacitor pada motor kipas.

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai yang sama Farad kapacitor yang asal. Jika menggunakan nilai yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas perpusing lebih laju. Pastikan voltan pada kapasitor lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapacitor kipas ini adalah untuk keselamatan.

FAQ

1. Dimana saya boleh mendapatkan kapacitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati dikedai elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

2. Kipas siling rumah tiba-tiba sahaja berpusing terbalik. Kenapa boleh jadi macam tu?
Jika kipas siling biasa ini bermakna kapasitor kipas telah rosak. Gantikan kapasitor dengan yang baru.

3. Kipas siling menggunakan remote control saya berpusing perlahan pada kelajuan 1 atau 2 dan pada kelajuan 3 kipas berpusing dengan laju.
Kipas model ini biasanya terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut. Dapatkan orang yang mahir untuk membaiki papan elektronik kipas anda.

Semua kapasitor yang diperlukan boleh didapati di Kedai Kytron Electronic Sec 15.



 

Tiada ulasan: